454 projek sekolah daif sedang dilaksana – KPM

2026-08-26 HaiPress

Foto BERNAMA

BIDOR,26 Ogos – Sebanyak 454 projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara kini sedang dalam pelaksanaan,membabitkan 281 projek pada peringkat prabina manakala 173 lagi dalam pembinaan.

RINGKASAN BERITA AI

“Tapi untuk empat tahun selepas Kerajaan MADANI mengambil alih,di bawah pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,jumlah kos projek yang diluluskan adalah sebanyak RM9 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Coldstream,di sini,yang dibina dengan kos RM2.9 juta dan siap pada Mei lalu.

Dalam pada itu,Wong berkata,setiap permohonan bagi penggantian atau naik taraf bangunan sekolah akan dinilai Kementerian Pendidikan (KPM) berdasarkan keperluan serta kemampuan kewangan semasa.

Katanya,jumlah sekolah yang dikategorikan sebagai daif juga berubah dari semasa ke semasa susulan kelulusan projek baharu serta perkembangan projek yang sedang dilaksanakan.

Perkembangan berkenaan membolehkan KPM terus menilai keutamaan pembangunan infrastruktur pendidikan mengikut keperluan semasa di seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur