2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Rombakan semula proses mendapatkan faedah PERKESO elak kegiatan tuntutan palsu. - FOTO RTM
KUALA LUMPUR,4 September - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diarah melakukan rombakan terhadap proses tuntutan faedah Hilang Upaya Kekal (HUK),dengan kadar segera.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong berkata,langkah tersebut dilakukan bagi tujuan semak dan imbang mekanisme baru untuk mengelakkan tuntutan palsu.
"Kesuma dan Perkeso tidak akan berkompromi dalam isu ini.
"Kita bertekad untuk memerangi kartel-kartel sedemikian secara habis-habisan,kerana peruntukan untuk faedah ini disalurkan kepada pencarum dan waris mereka yang layak.
"Saya juga telah mengarahkan Perkeso mengambil satu langkah proaktif,dengan menjalankan rombakan terhadap proses membuat tuntutan agar kita boleh mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang," katanya.
Beliau menjelaskan demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Yang turut hadir pada sidang media tersebut,KETUA Pegawai Eksekutif Perkeso,Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Jelas Mohammed Azman,pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengenalpasti kes-kes terbaharu tuntutan palsu menerusi tindakan susulan dan kerjasama SPRM.
SPRM menerusi Ops Tunjang telah memberkas 32 individu termasuk tiga pengamal perubatan pada 3 September 2024,dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah RM2 juta.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur