2024-10-26 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KAJANG,25 Oktober - Masyarakat digesa agar tidak melengah-lengahkan pendaftaran kelahiran bayi mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,perkara itu bagi memudahkan dan menyegerakan proses untuk mendapatkan sijil kelahiran.
Ia berikutan kisah Hasmida Hamid berusia 33 tahun,tular setelah berusaha selama enam tahun bagi mendapatkan sijil kelahiran untuk empat anak kandungnya.
"Jadi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak atas maklumat itu segera,pada akhir siasatan mengambil beberapa langkah yang pertama adalah dikategorikan kes ini sebagai daftar kelahiran lewat.
"Maknanya keempat-empat anaknya itu kita keluarkan sijil lahir kerana ibunya adalah seorang warganegara. Puan ini asal dari Tumpat,Kelantan dan memang ada kad pengenalan dan seorang warganegara anak yang dilahirkan dia boleh mendapat warganegara," kata Saifuddin kepada pemberita,di sini.
Hasmida Hamid menerima sendiri sijil kelahiran serta MyKid anak-anaknya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Hospital Kajang petang tadi.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada KDN,dan JPN semua yang banyak tolong anak-anak saya sampai tahap ini. Hanya Allah mampu membalasnya," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur