2024-11-19 HaiPress
Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil,Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro /FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
RIO DE JANEIRO,19 November - Lawatan sulung Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menjana potensi eksport RM6.8 bilion bagi tempoh 3-5 tahun yang akan datang.
Ia dicapai menerusi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin korporat dan industri daripada 20 syarikat terkemuka dan persatuan perniagaan di Brazil.
“Ia melibatkan 36 pemimpin industri. Dalam mesyuarat meja bulat ini kita berjaya menghasilkan potensi eksport RM6.8 bilion,” katanya dalam sidang media akhir beliau di sini.
Produk-produk yang telah dikenal pasti termasuk perkhidmatan minyak dan gas,semikonduktor,minyak kelapa sawit,komponen aeroangkasa serta produk makanan dan minuman.
Lawatan ini juga membawa kepada penerokaan peluang kolaborasi perniagaan yang akan mempertingkatkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala,kata Anwar.
Antara 20 syarikat Brazil,termasuk syarikat-syarikat terkemuka yang telah mengimport barangan dan perkhidmatan Malaysia bernilai RM1.16 bilion pada tahun 2023.
Ia merangkumi industri minyak dan gas,tenaga boleh diperbaharui,aeroangkasa,peranti perubatan dan penjagaan kesihatan,semikonduktor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),perlombongan,industri halal serta minyak sayuran dan lemak masak.
Malaysia dan Brazil mempunyai hubungan kerjasama yang rapat dalam pelbagai bidang,di peringkat dua hala dan pelbagai hala,dalam isu-isu berkepentingan bersama.
Brazil merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin,selepas Mexico.
Nilai perdagangan dua hala bagi tempoh Januari-September 2024 berjumlah RM14.83 billion.
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur