2025-04-18 IDOPRESS
Pengkarya ‘Ocean Wave Pulau Silk’,Dr. Zaimie Sahibil (tiga dari kanan) menerangkan karya seni beliau kepada kepada Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Khairul Firdaus Akbar Khan (kiri) sambil disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI,Profesor Dr. Norkhalid Salimin (dua dari kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti,Datuk Seri Ahmad Burak (kanan)/ UPSI
TANJUNG MALIM,17 April- Langkah signifikan Universiti Pendidikan Sultan idris (UPSI) dalam memartabatkan seni visual dan warisan budaya menerusi pendekatan digital mencerminkan usaha dalam memperluas pemahaman msyarakat terhadap sejarah dan budaya tempatan.
Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata,Pameran Solo 'Ocean Wave Pulau Silk' oleh pelukis Dr Zaimie Sahibil serta peluncuran realiti terimbuh (AR) Rumah Za'ba dan realiti maya (VR) Muzium Pendidikan Nasional UPSI memperlihatkan kecemerlangan intelektual dalam penggabungan ekspresi kreatif dengan kemajuan teknologi.
"Pameran solo Dr Zaimie sebagai satu bentuk penghargaan terhadap seniman tempatan yang berperanan penting dalam memperkaya wacana seni negara.
"Karya beliau bukan sekadar paparan visual,tetapi mengandungi nilai intelektual dan naratif budaya yang mencerminkan identiti tempatan dalam landskap seni kontemporari. Karya beliau mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis anjuran Institut Peradaban Melayu (IPM di Galeri Seni,Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di sini.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti Datuk Seri Ahmad Burak; Penyangdang Kursi Za'ba Prof Emeritus Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majeed; Pengarah Peradaban Melayu UPSI Prof Dr Tajul Shuhaizam Said serta pengkarya Dr Zaimi Sahibil.
Peluncuran AR Rumah Za'ba membuka ruang baharu dalam memahami sumbangan besar tokoh bahasa dan pemikir Melayu,Za'ba melalui pengalaman interaktif.
Sementara itu VR Muzium Pendidikan Nasional menawarkan pendekatan imersif mendalami sejarah pendidikan negara selaras hasrat menjadikan ilmu warisan bangsa kekal lestari dan relevan.
"Inisiatif ini memperkukuh peranan UPSI sebagai peneraju dalam bidang pendidikan dan warisan budaya negara. Ia juga satu langkah strategik dalam memastikan warisan bangsa kekal lestari dan relevan pada era digital.
"Semua pihak termasuk institusi pendidikan,pemain industri serta komuniti seni dan budaya perlu menyokong usaha inovatif dalam menjadikan Malaysia sebagai rujukan seni,budaya dan teknologi di peringkat antarabangsa," katanya.
Bagi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Dr Norkhalid Salimin menyifatkan pameran dan peluncuran tersebut menyerlahkan kebitaran intelektual meliputi seni visual dan inovasi sebagai medium memperluas pemahaman terhadap sejarah dan warisan bangsa.
"Pameran ini bukan sekadar ekspresi kreativiti tetapi membuka minda kepada pelbagai persektif baharu. Dalam era Revolusi Industri ke-4 kita harus bijak mengimbangi kemajuan teknologi dengan kepekaan insan supaya karya yang dihasilkan terus menyentuh jiwa dan membina tamadun," katanya.
Integrasi teknologi seperti AR,VR dan kecerdasan buatan (AI) dalam seni memperkasa penyampaian seni selain menyokong ekonomi kreatif negara.
Menerusi laporan Creative Economy 2024,industri seni dan kreatif Malaysia menyumbang lebih RM29 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan lebih 900,000 peluang pekerjaan.
Perkara itu sekali gus membuktikan bidang seni juga antara penyumbang kepada kemampanan ekonomi negara.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur