2025-09-03 HaiPress

Foto RTM
KEPALA BATAS,3 September - Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan keladi agas dibangunkan bagi membantu pesawah mengurangkan infestasi rumpai tersebut pada kadar 70 hingga 100 peratus di sawah.
Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI),Dr. Dilipkumar Masilamany berkata,SOP berasaskan prinsip pengurusan rumpai bersepadu itu mula dibangunkan sejak 2022,dan kini diteruskan melalui projek Pembangunan RMK13.
Beliau dalam kenyataan memaklumkan,tumbuhan tersebut boleh menyebabkan kerugian hasil padi sehingga 45 peratus jika tidak dikawal.
SOP tersebut antaranya merangkumi penggunaan sistem "stale seedbed",pembajakan tanah,kawalan paras air serta penggunaan racun rumpai pra dan lepas-cambah.
Terdahulu,Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu ketika mengumumkan varieti baharu padi MR 333 di Kampung Lahar Minyak,meminta MARDI mempergiatkan kajian bagi mencari kaedah terbaik mengawal keladi agas supaya hasil padi negara tidak terjejas.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur